Tuesday 11 December 2012

Tazkirah pagi mengenai aurat.

Menurut Imam Syafi'e, bagi lelaki ada dua keadaan.

1-> Aurat sesama lelaki dan wanita mahramnya - dari pusat hingga lutut

2-> ketika bersama wanita bukan mahramnya - seluruh tubuh


Aurat wanita.
1- sesama wanita muslim dan mahramnya - dari pusat hingga lutut

2- ketika bersama wanita bukan muslim - seluruh tubuh kecuali yang zahir ketika bekerja 
    spti kepala, muka, leher, dari tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kakinya. 
    selain dari itu, haram dibuka.


Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi bagi imam syafi'e juga ada dua qaul.

1-> aurat di hadapan lelaki ajnabinya ialah seluruh tubuhnya tanpa ada sebarang 
     kekecualian.ini adalah qaul yg paling solehah dalam mazhab syafi'e.
2-> seluruh tubuh wanita itu kecuali muka dan tapak tangan. Tapi jika dia dedahkan muka
dan tapak tangannya itu boleh dedahkan fitnah, maka diwajibkan ke atasnya tutup seluruh
 tubuh tanpa ada sebarang kekecualian.

*Ada sesetengah ulama' berpendapat dagu wanita itu juga aurat. Terdapat khilaf antara 
mereka, ada yang kata aurat dan ada yang kata tidak. Jadi nak lebih baik, daripada kita 
was-was lebih baik kita anggapnya aurat. Ada cara nak tentukan bahagian mana dekat dagu 
itu aurat*


"Letakkan dua jari kamu di bawah dagu. Yang di tutup dengan jari kamu itu bukan aurat, 
dan yang terbuka selepas jari itu adalah aurat" - Ustaz Don Daniyal

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-
perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya 
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
 perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
 adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)



“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)



Balasan orang yang tak tutup aurat.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya
 telanjang. Rambut mereka laksana goh-goh unta. Sungguh, mereka TIDAK AKAN MASUK 
SYURGA DAN TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA. "
( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)




#aurat lelaki dengan wanita bukan mahramnya mmg seluruh tubuh pd asalnya. namun ada keringanan pd lelaki, tidak berdosa jika lelaki tak tutup seluruh tubuhnya sprti lengan. namun jika aurat itu besar, sprti dada walaupun atas pd pusat, haram wanita melihatnya.

# aurat wanita muslim dengan bukan muslim ada ringan sedikit berbanding aurat wanita dengan bukan mahramnya. mereke xwajib pkai tudung, xwajib pkai baju lengan pnjang, hanya perlu tutup semuanya kecuali yg zahir. tak kira la kt mana2 pun, kt asrama ke, kt kedai gunting ke, sama je#

1 comment:

  1. alhmdulillah..sama2 kita mnjaga aurat kita..=)..walaupun pmpuan zaman skrg suka membuka aurat mereka..kita hnya mampu mndoakan mereka..=)

    ReplyDelete